Sunday 24 March 2013

love is cinta




CINTA MEMANG WUJUD,TIDAK BENAR ANDAI SESEORANG ITU BERKATA DIA TIDAK PERNAH JATUH CINTA ATAU SEDANG BERCINTA..
BETOL TAK??
MUNGKIN JUGAK CINTA MEREKA TIDAK BERBALAS DAN OLEH SEBAB ITU SESEORANG BERKELAKUAN TIDAK INGIN BERCINTA DAN INGIN HIDUP SEORANG DIRI.

KATA PUJANGGA CINTA LETAKNYA DIHATI
MESKIPUN TERSEMBUNYI,NAMUN GETARANNYA TAMPAK SEKALI
CINTA DAPAT MENGUBAH PAHIT MENJADI MANIS,DERITA MENJADI NIKMAT.
CINTA JUGA MAMPU MELUNAKKAN BESI,MENIUPKAN KEHIDUPAN PADANYA SERTA DAPAT MENCAIRKAN HATY SEORANG MANUSIA.


NAMUN KADANGKALA CINTA DAPAT MEMBUATKAN ORANG MENJADI SAKIT.
CINTA YANG TIDAK DILANDASKAN KEPADA ALLAH AKAN MENDATANGKAN CINTA YANG SAKIT.
ITULAH SEBABNYA WAHAI PARA PECINTA DUNIA
JANGANLAH LUPA CINTA KEPADA ALLAH.
CINTA PADA ALLAH MERUPAKAN CINTA YANG TERAGUNG DAN CINTA YANG SUCI LAGY MURNI



CINTA ALLAH ADALAH CINTA TERAGUNG
JIKALAU SUDAH MENDAPATKANNYA,DAN MANISNYA BERCINTA ALLAH,TIADA LAGY KELUHAN,TIADA LAGI TATAPAN KUYU DAN TIADA LAGI KESEDIHAN DALAM PERCINTAAN.
JARANG ORANG MENGAKU MENCINTAI ALLAH,DAN SERING ORANG KATAKAN MENCINTAI RASULULLAH,TAPI BAGAIMANA MUNGKIN DITERIMA ALLAH TANPA ADA BUKTI YANG DIBERIKAN..?
TEPOK DADA TANYA SELERA


CINTA PADA ALLAH AKAN KEKAL ABADI SELAMA-LAMANYA..TETAPI CINTA MANUSIA HANYA SEMENTARA..SESUNGGUHNYA SETIAP PERTEMUAN ITU PASTI ADA PERPISAHANNYA
CINTA PADA ALLAH TIDAK AKAN PUDAR SELAMA-LAMANYA
INSYAALLAH



TETAPI..MANUSIA JUGA PERLUKAN CINTA SESAMA MANUSIA..SEPERTI CINTA ADAM DAN HAWA..
TIPULAH JIKA AKU KATAKAN AKU TAK MEMERLUKAN CINTA
SETIAP MANUSIA MEMPUNYAI PERASAAN CINTA
CINTA JUGA BOLEH MEMBAHAGIAKAN SESEORANG



PENGALAMAN MEMBERIKAN PENGAJARAN BUAT KU..YERRRR...
KALAU KITA SUKAKAN SESEORANG TAU MENCINTAINYA..
JANGANLAH KITA MEMBERITAHUNYA..
KERNA ALLAH AKAN MENGURANGKAN RASA CINTA PADANYA
AKAN TETAPI..
KITA LUAHKANLAH PADA ALLAH DAN BERITAHULAH KEPADA ALLAH
SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA PENDENGAR
ALLAH JUGA MAHA MENGETAHUI SIAPAKAH JODOH KITA


MANUSIA HANYA MERANCANG...
ALLAH YANG TENTUKAN SEGALA-GALANYA



PERLUKAH CINTA ITU DIUNGKAP ATAU CUKUPKAH SEKADAR PERBUATAN SEMATA-MATA??
DAPATKAH CINTA ITU DIPERTAHANKAN..TANPA UNGKAPAN KATA CINTA??



PERNAHKAH KITA MENGALIRKAN TITISAN MANIK2 DARI MATA KITA KEPADA ALLAH??
KITE BANYAK ALIRKAN AIR MATA KITA KEPADA INSAN2 YANG KITA CINTAI
AKU JUGA PERNAH DAN SELALU MENGALIRKAN AIR MATA UNTUK INSAN YANG DICINTAI
SEMASA PEMERGIAN OPAHAKU YANG TERSAYANG
DAN PERGINYA SAHABAT SEJATIKU


NAMUN ITU ADALAH DUGAAN ALLAH KERANA ALLAH SAYANGKAN KITA
SETIAP APA YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA


CINTA KEPADA MANUSIA AKAN PADAM PABILA IA TELAH PERGI MENGHADAP ILAHI
CINTALAH PADA ALLAH DAN JUNJUNGAN RASULULLAH KERANA IANYA TIDAK AKAN PADAM



TAK KIRA SIAPA YANG CINTA..JANGAN LUPAKAN AKAN ALLAH
DAN JUNJUNGAN RASULULLAH...



CINTA PADA ALLAH
CINTA PADA RASULULLAH
CINTA PADA IBUBAPA
CINTA PADA KELUARGA
CINTA PADA SAHABAT
CINTA PADA SAUDARA
CINTA PADA SESAMA MANUSIA
CINTA PADA CIPTAANNYA
CINTA SEMUANYA..

Thursday 21 March 2013

manusia tak sempurna


Duhai diri, sungguh rugi jika ini yang tergambar di dalam hati dan dibuktikan dengan perlakuan bila ada diantara saudara seislam yang memberitahu tentang ilmu agama.
''Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." - [Al-'Asr: 1-3]
Terimalah kebenaran itu walau dari manapun datangnya.
''Eleh, cakap macam bagus je, kau pun sama je, tak sempurna. Nak tegur-tegur aku apasal? Sempurnakan diri kau tu dulu, baru layak nak tegur aku.''
Seringkali kita melihat atau mencari ketidaksempurnaan orang yang menegur kita itu dulu baru kita mahu memikirkan mesej yang disampaikan oleh orang tersebut. Itupun kalau kita berlapang hati mahu menerima mesej itu.
Katakan kepadaku, manusia mana yang akhlaknya sempurna selain para rasul dan nabi-nabi yang mana sudah semestinya termasuk juga penghulu sekalian nabi kita, Nabi Muhammad SAW?. Nak tunggu manusia yang sempurna akhlaknya wujud di hadapan kita untuk menegur kesalahan kita, baru kita mahu berubah, alamatnya sampai kita berada di liang lahadlah, masih tak berubah. Wahai diri!
''Lantak kaulah, buang masa aku aje!''
Ingatlah, tiap helaan nafas ini, nak tak nak mendekatkan kita kepada detik kematian. Berapa lama sangatlah kita hidup? 100 tahun? Mungkin. Tapi, ingat, tanpa rahmat dan kasih sayang-Nya, tak mungkin kita dapat mengecap nikmat mata, oksigen, kaki, mulut, pendengaran, tangan, sehingga tak terhitung nikmat yang diberikan-Nya kepada kita pada masa ini.
Andai kata, Allah tarik salah satu nikmat, katakanlah mata, mampukah kita melihat, membaca buku untuk menjawab exam, membaca Al-Quran, membaca risalah agama? Pada ketika itulah baru datang rasa menyesal yang tidak sudah kerana tidak mahu menggunakan nikmat itu ketika masih diberi ruang dan peluang oleh-Nya.
''Ya Allah, kembalikanlah aku ke muka bumi, untuk aku membuktikan kehambaanku kepada-Mu.''
Apakah yang telah engkau lakukan ketika hidup dahulu? Ada tak untuk Allah? Untuk Islam?
Dah terlambat. Jika kita sudah dikafankan, dimasukkan ke dalam liang lahad yang hanya sebesar saiz diri kita, hanya sebesar itu rumah kita pada ketika itu, sedangkan semasa hidup dahulu, rumah kitalah yang besarnya mengalahkan gunung juga yang tingginya mencapai langit.
''Mana perginya harta aku yang berjuta-juta itu? Bantu dan temankan aku di dalam kubur yang sempit ini, tolong..''
Tidak sesekali wahai diriku, harta duniawi yang kita kumpulkan itu, tidak dapat menemankan kita di dalam kubur yang lamanya kita berada di dalamnya mungkin lebih lama dari umur 100 tahun yang kita hidup di atas muka bumi itu.
"Maka bersabarlah engkau (Muhammad) sebagaimana kesabaran rasul-rasul yang memiliki keteguhan hati, dan janganlah engkau meminta agar azab disegerakan untuk mereka. Pada hari mereka melihat azab yang dijanjikan, mereka merasa seolah-olah tinggal (di dunia) hanya sesaat pada siang hari. Tugasmu hanya menyampaikan. Maka tidak ada dibinasakan, kecuali kaum yang fasik (tidak taat kepada Allah)." - [Al-Ahqaf: 35]

"Dan pada hari terjadinya qiamat, orang-orang yang berdosa bersumpah, bahwa mereka berdiam (dalam kubur) hanya sesaat (saja). Begitulah dahulu mereka dipalingkan (dari kebenaran). Dan orang-orang yang diberi ilmu dan keimanan berkata (kepada orang-orang kafir), "Sungguh kamu telah berdiam (dalam kubur) menurut ketetapan Allah sampai hari kebangkitan. Maka inilah hari kebangkitan itu, tetapi (dahulu) kamu tidak meyakini(nya)." - [Ar-Rum: 55-56]

"Para malaikat dan malaikat Jibril naik kepada Allah dalam sehari yang ukurannya sama dengan 50 ribu tahun (ukuran manusia)." - [Al-Ma'arij: 4]

"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi kemudian (urusan) itu naik (dibawa oleh malaikat) kepadanya dalam satu hari, yang ukuran (lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu." - [As-Sajdah: 5]

"Dan mereka meminta kepadamu (Muhammad)agar azab itu disegerakan, padahal Allah tidak akan menyalahi janji-Nya. Dan sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu." - [Al-Hajj: 47]

Bayangkan, betapa ukuran jangka masa yang amat panjang di akhirat kelak.
"Mereka tinggal di sana dalam masa yang lama." - [An-Naba': 23]
Kenyataannya sekarang, tiga detik saja terkena api, manusia langsung kesakitan.
Setiap manusia akan merasakan betapa sebenarnya hidup di dunia adalah terlalu singkat, bila sudah berada di alam lain. Beruntung kalau balasan itu diberikan kepada manusia beriman, sebab tidak lain itu merupakan kenikmatan yang tiada taranya. Tapi luar biasa ruginya kalau balasan itu diberikan kepada manusia durhaka, sebab tidak lain itu adalah siksaan yang sangat pedih dan sangat lama.
Ingatlah wahai diriku, kita hidup ni ada tujuan, ada matlamatnya. Bukan saja-saja, bukan suka-suka sahaja Allah ciptakan kita.
"Dan Aku tidak menciptakn jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku."- [Adz-DZaariyaat: 56]
Kita di wujudkan dari tiada kepada ada. Maka, katakanlah, adakah mustahil bagi Allah untuk membangkitkan kita dari tulang-belulang yang hancur semasa di dalam kubur kepada manusia yang sempurna untuk dihisab di hari penghisaban nanti?
"Dan Dialah yang memulai penciptaan, kemudian mengulanginya kembali, dan itu lebih mudah bagi-Nya. Dia memiliki sifat yang Maha Tinggi di langit dan di bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana." - [Al-Rum: 27]
"Engkau pernah makan lepat ubi kat restoran secawan kopi? Rasanya sedap."
"Kau yakin ke memang sedap? Pernah rase ke kat situ?"
"Aku pun tak berapa pasti betul ke tak penyataan tu. Tak pernah pulak aku makan, aku dengar cerita dari orang lain je, hehe."
"Laa, cakap macam pernah rase, apa laa kau nie."
Nah, jika kita tak cuba merasai sendiri, bagaimana mungkin kita mengetahui dengan yakin dan pasti seterusnya mengalami sendiri bahawa Islam itu manis, indah? Cubalah belajar untuk memahami ajaran Islam yang datangnya dari Allah, yang Maha Mengetahui akan kehendak dan kelemahan yang dimiliki oleh hamba ciptaan-Nya. Cuma kita yang kadangkala tidak mahu membawa diri kita dekat kembali kepada-Nya.
Dia tahu apa yang kita mahu, apa yang kita gersangkan, tapi mana mungkin kita dapat memperolehinya jika kita tidak minta serta menaati perintah-Nya, disamping menyempurnakan syarat-syarat (berdasarkan Al-Quran dan Hadis) yang telah ditetapkan oleh-Nya untuk kita memperolehi apa yang kita mahu.
"Aku nak belajar kat United Kingdom lepas ni, kalo bleh kat Universiti Oxford, tajaan JPA.''
"Kau dah mohon ke, Adam?"
"Belum lagi, takpe banyak lagi masa.''
"Result kau mesti gempak punye kan? Kalau tak mesti kau tak de angan-angan nak minta."
"Eh tak de la, 2A je. Hehe."
"Haha, 2A je? Aku lagi banyak, 3A. Jangan harap la kau nak dapat, sebab dah la tak cukup syarat, tak mintak pulak tue. Confirm, tak dapatnye."
"Ye ke? Macam tu rupenya ye? Sedihnya aku."
Begitulah perumpamaan hidup ini antara kita dengan Allah, jika kita tidak minta kepadanya, disamping tidak cuba berusaha memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan (melaksanakan hukum-hukum agama berdasarkan Al-Quran dan Hadis), perlukah Allah melayan kita jika kita tak meminta kepada-Nya, tapi kita pergi minta kepada makhluk-Nya? Siapa lagi hebat, makhluk ciptaan-Nya atau Allah Pencipta makhluk tersebut? Fikir-fikirkanlah, wahai diriku.
Jika sewaktu hidup di atas muka bumi ini, cita-cita mahu menjadi seorang chemical engineer, seorang pendidik atau usahawan yang berjaya, bagaimana pula cita-cita untuk hari akhirat nanti? Mahu menjadi ahli syurga atau ahli neraka, wahai diri?
Seimbangkanlah dunia dan akhiratku, wahai diri. Jika ilmu dunia sanggup ku tagih dan ku gapai walau berjuta rintangan menanti di hadapan demi mencapai dean list, bagaimana pula akhiratku? Tidak mahukah aku menjadi deen list juga di sisi Allah?
Ketahuilah bahawa doa itu senjata bagi orang mukmin. Yakinlah bahawa Allah sangat suka hamba-Nya memohon kepada-Nya. Bagaimana kita dapat mengecap nikmat syurga yang mana ada mahar atau bayaran yang bukan sedikit, wahai diriku.
Tapi yakinlah, rahmat Allah terlalu banyak untuk orang yang beriman kepada Allah. Rahmat Allah itu amat dekat kepada orang yang berbuat baik.
"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik. Berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat kebaikan." - [Al-A'raaf: 56]

"Orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka mendapat kebahagiaan dan tempat kembali yang baik." - [Ar-Ra'd: 29]
Andai kata sewaktu kita di atas muka bumi lagi kita sudah give up dalam berusaha untuk memasuki syurga Allah, bagaimana di akhirat nanti? Sewaktu buku amalan dibentangkan di hadapan kita? Adakah diserahkan kepada kita dari sebelah kanan atau kiri?
"(Ingatlah), pada hari (ketika) Kami panggil setiap umat dengan pemimpinnya, dan barangsiapa diberikan catatan amalnya di tangan kanannya mereka akan membaca catatannya (dengan baik), dan mereka tidak akan dirugikan sedikitpun. Dan barangsiapa buta (hatinya) di dunia ini, maka di akhirat dia akan buta dan tersesat jauh dari jalan (yang benar)." - [Surah Al-Israa': 71-72]
Siapalah aku untuk cuba memahami sifat manusia yang tidak mahu menerima? Kerna yang Maha Memahami hanya satu, Allah yang Maha Mengetahui. Kembalilah kita kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Kita tak menjumpainya kerana kita tak mencari. Tidak ada istilah pencen dalam menuntut ilmu agama. Tanpa ilmu (agama), seseorang agak sukar untuk mendapatkan hidayah Allah.
"Dan orang-orang kafir berkata, "Mengapa tidak diturunkan kepadanya (Muhammad) tanda (mukjizat) dari Tuhannya?" Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada orang yang bertaubat kepada-Nya". - [Surah Ar-Ra'd: 27]

"Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kesyirikan, mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk." - [Surah Al-an'am: 82]
Siapa yang menciptakan segala perasaan dalam hati kita? Allah. Kebahagiaan? Allah. Ketenangan? Allah. Subhanallah, jika kita betul-betul kenal Allah, Pemilik segala sesuatu, pasti kita akan mencintainya melebihi segala-galanya, tak kenal maka tak cinta, dengan mengingati Allah, jiwa akan tenang. Subhanallah.
Di dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berfirman:

"Aku bergantung pada persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, Aku pasti bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Maka jika ia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku akan menyebutnya dalam Diri-Ku, jika ia mengingat-Ku dalam suatu jamaah, Aku akan menyebutnya dalam suatu jamaah yang jauh lebih baik daripada mereka, jika ia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku akan mendekat kepadanya sehasta, jika ia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku akan mendekat kepadanya sedepa, jika dia mendekat kepada-Ku dengan berjalan, Aku akan mendekatinya dengan berlari." - (Muttafaq-A'laih)

Wednesday 20 March 2013

redha


Setiap kali sesuatu yang kurang baik terjadi kepada kita, pastinya ia adalah satu hikmah. Dari pengalaman saya, sekiranya ada orang mengambil kesempatan keatas diri kita, saya yakin yang tak lama lagi Allah akan memberi ganjaran yang amat lumayan kepada kita sekiranya kita redha kejadian itu. Dan sememangnya itu yang terjadi- berkali-kalinya pada saya!(PESANAN DARI ORANG)

Allah swt works in mysterious ways. Satu hari, kita akan diuji dengan pelbagai ujian yang AMAT berat, satu hari lagi boleh memberi ganjaran yang berlipat kali ganda. Janji, kita kena sentiasa sabar & redha… pasti hikmahnya akan diberikan! For sure… guaranteed!

Pasti ramai yang tahu apa itu qada' dan qadar Allah.??
Qada' bererti ketentuan Allah dan Qadar bererti pelaksanaan kepada qada' tersebut.
Rela terhadap ketentuan, kehendak dan kekuasaan Allah adalah WAJIB hukumnya.
Dalam sebuah hadis qudsi dijelaskan bahawa Allah berfirman:
"Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan selain dari pada-Ku" (HR Thabrani)
 
Sememangnya perit untuk kita mengharungi pelbagai cabaran di dunia yang fana ini. Namun ingatlah sebenarnya kita sedang diuji oleh Allah. Dunia adalah jambatan ke akhirat. Redha dalam setiap ujian Allah adalah sangat penting agar dapat mengajar diri kita supaya menjadi seorang yang bersabar. Tidak mungkin Allah menjadikan sesuatu itu berlaku pada diri kita tanpa ada sebabnya. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Jika kehidupan kita adalah sebagai seorang pelajar, pasti banyak cabaran ketika kita di tempat belajar. Dugaan dengan pelajaran, hubungan dengan rakan-rakan dan diuji pula oleh Allah dengan fitrah iaitu rasa suka atau jatuh cinta pada seseorang. Apabila keadaan ini terjadi, kita haruslah bijak memilih jalan yang betul sama ada melayan perasaan tersebut atau dengan segera mendekatkan diri kepada Allah kerana menyedari bahawa kita sedang diuji.
Jika ditakdirkan kita ditimpa musibah, tidak perlulah kita saling menyalahkan dan menyebut 'kalaulah' kerana ianya akan membuka pintu kepada syaitan untuk menghasut kita. Seharusnya kita wajib redha dengan apa yang berlaku kerana yakin pasti ada hikmah di sebaliknya.
"Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak Diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta  (dalam keimanannya)" (Surah Al-Ankabut: 2-3)
"Bahawasanya Allah akan mencuba salah seorang kamu dengan sesuatu bencana (bala), sebagaimana seseorang kamu mencuba (menguji) emas dengan api. Maka di antara mereka ada yang keluar seperti emas asli iaitu mereka yang dilindungi dan dipimpin oleh Allah dari perkara syubhat dan ada di antara mereka yang keluar sebagai emas hitam (palsu) iaitu bagi mereka yang mendapat fitnah" (HR Thabrani)
 

Monday 18 March 2013

hati

redha itu ikhlas
keikhlasan lahir dari hati
hati hendaklah suci
jngan kotori
hati boleh dijaga dan dipelihara
hati juga kunci kepada manusia

dengan hati manusia
gembira
sedih
kecewa
dan macam2 lagy..
hati juga boleh berbicara
betapa pentingnya hati kepada kita
dengan hati...kita hampiri ALLAH
dengan hati lahirnya cinta
dengan cinta lahirnya kasih
dengan kasih wujudnya sayang
cinta+kasih+sayang=CINTA ALLAH
insyaALLAH

cintailah ALLAH
cintailah rasul
cintai ibubapa
cintailah sahabatmu
cintailah saudaramu cintailah sesama manusia
cintailah semua makhluk ciptaan ALLAH :)

sesungguhnya...kita hanya insan biasa
manusia biasa
boleh melakukan khilaf dan dosa
sentiasalah beristifar untuk mencari redhaNYA
:) :)

Thursday 14 March 2013

jangan bersedih


Setiap dari kita pernah merasa kosong, sedih dan kecewa dengan titik hitam atau kekecewaan masa lampau.
macam lagu najwa latif tu...kosong kosong...owww.....hahaha..sempat gik nyanyi..:D

Saat itu mula peringatan, kekesalan dan pengajaran buat diri mendesak untuk kita melakukan perubahan menjadi lebih baik. Persoalannya, bagaiaman kita hendak berubah?

SUKAR, tetapi TIDAK MUSTAHIL.

♥ Carilah tempat yang tanpa gangguan untuk muhasabah, contohnya di  bilik tidur yang sepi, atau di masjid, atau di tempat yang kita agak asing tetapi indah dan menyenangkan.
Bawa alat tulis dan buku khusus muhasabah. Ini penting, agar kelak, beberapa bulan ke depan atau beberapa tahun ke depan jika suatu saat kita ingin mengukur sejauh mana perubahan telah terjadi dalam diri kita, kita dapat melihatnya dari buku itu.
Berdo’a kepada Allah SWT dan mohonkan ampunan-Nya, kemudian mohonlah agar dapat memuhasabah diri sebagai ikhtiar memperbaiki diri.
Renungkan berbagai kekurangan kita dalam beribadah kepada Allah SWT, baik dalam muamalah kepada sesama ataupun berbagai aspek lain dalam hidup kita.
Gunakan pertimbangan ukhrawi saat merenungkan, maksudnya renungkanlah akibat perbuatan kita dari sisi Allah, bukan hanya dari sisi duniawi saja. Catatlah renungan di buku kita itu. Jangan malu menuliskan kekurangan kita.
Format bebas sesuai kesukaan masing-masing. Sebagai contoh, boleh dibagi kertas itu dalam 2 bahagian. Bahagian yang lebar untuk menuliskan hasil muhasabah kita. Bahagian yang kecil nanti untuk menuliskan solusinya.
Setelah merasa cukup menuliskan semua hal yang kita rasa perlu diperbaiki dalam diri kita, barulah tuliskan penyelesaian-penyelesaiannya  di kertas bahagian kanan di buku khusus kita itu.
Buatlah penyelesaian yang riil (terjangkau) yang dapat kita lakukan dalam waktu dekat. Boleh harian atau mingguan. Setiap kita pastilah memiliki penyelesaian-penyelesaian yang berbeza bergantung dengan cara pandang,  pola pikir, dan wawasan kita.
Setelah selesai membuat penyelesaian, bacalah ulang semua yang telah kita tulis tadi. Azzamkan/ teguhkan dalam diri kita bahwa kita akan menjalankan penyelesaian-penyelesaian riil itu.
Perbanyaklah ibadah dan ketaatan pada Allah SWT dengan terus berdo’a agar memperbaiki diri kita dan meneguhkan semua ikhtiar kita dalam menuju redha-Nya.
Mintalah bantuannya ketika kita perlu bantuan diikuti dengan ikhtiar sebagai salah satu syarat terkabulnya do’a kita itu. Ikutilah setiap kesalahan atau perbuatan buruk yang kita perbuat dengan perbuatan baik.
Lakukan terus menerus perbuatan baik yang dicintai Allah SWT sebanyak-banyaknya.
Buktikan hasil kita dalam jangka waktu tertentu. Contonhya dalam jamgka masa 3 hari, atau per minggu, dan per bulan.
Lakukan dengan konsisten dengan terus meningkatkan kualiti  “penyelesaian” yang kita buat. Terus perbaiki yang kurang dalam diri, dengan terus memohon kepada Allah SWT.
Jika gagal, bangkit lagi, gagal, bangkit lagi, dan terus bangkit. jangan sampai kita menyerah karena menyerah bererti lari dari rahmat Allah SWT.
Semoga dengan muhasabah yang baik kita akan menjadi hamba-Nya yang makin mendekat kepada-Nya, mendekat pada syafaat Rasulullah SAW dan pada akhirnya, mendekat pada surga-Nya, baik di dunia maupun di akhirat. Amin.
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaknya setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al-Hasyr :18)
Dari Syadad bin Aus r.a, dari Rasulullah SAW, bahwa beliau berkata, “Orang yang pandai adalah yang menghisab (mengevaluasi) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah SWT”. (HR. Imam Turmudzi, ia berkata, ‘Hadits ini adalah hadits hasan’)

“Sesungguhnya ALLAH tidak akan mendatangkan ujian kepada hambaNYA lebih dari kemampuan hambaNYA itu…” Wallahu’alam bisshawab.
salam saling-mengingati
-nabeyllfadly-

cinta

cinta bererti kasih sayang
lawan cinta adalah benci
cinta adlah kecenderungan jiwa kepada sesuatu yang dilihat,dikira dan dirasa baik.
Cinta ALLAH kepada para hambanya adalah bentuk redhanya kepada diri mereka,
yang disertai kebaikan-kabaikan ALLAH terhadap para hamba tersebut.

Cinta seorang hamba kepada ALLAH adalah bentuk pengangungan kepadanya
Allah mencintai manusia yang bertakwa
manusia yang membuat kebaikan
manusia yang mensucikan diri
manusia yang bertaubat
manusia yang mempasrahkan diri
manusia yang sabar
manusia yang adil dan bijaksanan

cinta merupakan citra pensifatan ALLAH yang berkaitan dengan para hamba terkasih dan dikasihinya
kerananya kata cinta dekat dengn para kekasih ALLAH dan hamba-hamba yang dipilihnya

rebutlah cinta ALLAH
menyintai ALLAH cinta kekal abadi
takkan putus
dengan mencintai ALLAH
ALLAH menghadirkan cinta kepada manusia..
INSYAALLAH

Wednesday 13 March 2013

sabarlah wahai manusia

seringkali apabila diuji dengan dugaan,kita bertanya kepada diri,
apakah hiknah di sebalik semua itu??
terlalu berat kepayahan dan penderitaan yang ditanggung sehinggakan kita putus harapan.

Tanpa kita sedari......
semua ini adalah datangnya dari rancangan tuhan iaitu ALLAH
dan 
pastinya ada yang terbaik untuk kita
ada hikmah di semua ini..

cuma sinar cahayanya kita belum dapat lihat pada masa itu.
kita akan
 tersenyum 
ketawa
menangis..
kita juga akan terinspirasi dan hidup semakin bahagia
ini kerana 
semua yang berlaku akan mematangkan kita semua

``UBAH CARA PEMIKIRAN KITA DAN KITA AKAN MENGUBAH DUNIA``