Thursday 21 November 2013

keep calm


manusia dengan masalah memang tidak dapat dipisahkan
tanpa masalah manusia tidak kan menjadi matang
tanpa masalah
manusia akan terus leka dan lalai
hahahaha
mcam sedih je..macam stress je...mcm bengang je..
btw..semua itu adalah poyo..
well...tanpa masalah...manusia takkan berdikari..
tanpa masalah..manusia takkan memikir cara jalan penyelesainnya
tanpa masalah...kita bukan manusia..hahaha boleh erk?

nak pendekkan cerite..
setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian
jangan mudah mengalah
jangan mudah tergadah
jangan mudah melatah
sabar...keep calm..
ALLAH ade..
mohon petunjuk padanya
tarik nafas...fikir secaa waras..tenang..
inshaaALLAH ade jalan penyelesaian

hadapi dengan senyuman.. :)
redahi dengan keikhlasan..
pasti ada hikmah apa yang berlaku 


Thursday 7 November 2013

isthikarah cinta



bersaksi cinta diatas cinta
dalam alunan tasbih ku ini
menerka hati yang tersembunyi
berteman dimalam sunyi penuh doa

sebut nama Mu terukir merdu
tertulis dalam sajadah cinta
tetapkan pilihan sebagai teman
kekal abadi hingga akhir zaman

isthikarah cinta memanggilku
memohon petunjukmu
satu nama teman setia
naluriku berkata

dipenantian luahan rasa
teguh satu pilihan
pemenuh separuh nafasku
dalam mahhabah rindu

di isthikarah cinta

COPYnPASTE
~lirik lagu isthikarah cinta~

Sunday 6 October 2013

buat pertama kalinya

ya ALLAH....
sedang kawan-kawan sibuk membilang hari untuk balik bercuti..
aku?
hanya mampu bersabar...sabar..
buat pertama kalinya...
aku menyambut raya di perantauan tanpa keluarga tersayang disamping
ikutkan hati...memang sedih....hiba...sebakk...
tapi...mampu mendiamkan diri...
apakan daya..
nak balik sarawak ada masalah kewangan pulak...
sesungguhnya apa yang berlaku pasti ada hikmahnya
kepada penganiayai...semoga ALLAH membalas atas kejahatan yang telah dilakukan oleh anda
aku hanya mampu redha..
benda dah terjadi kan...
pasti ada hkmah
IN SHA ALLAH


mama..babah.... :(
nak balek....serius.... :(
sabarjelah...
doa ngan panggilan telefon je mampu jadi kiriman
kepada kawan2...selamat bergembira di hari raya disamping keluarga tersayang
hargailah setiap detik yang ada..
hargailah masa itu
sesungguhnya...masa itulah anda berpeluang berjumpa bersama yang tersayang
kenangan melekat di hati..
hati akan mengukir kenangan yang terindah :)


Friday 4 October 2013

walaupun hanya sedetik


alhamdulllah...alhamdulillah...
syukur ke hadrat ilahi...
alhamdulillah...
dapat gak jumpa babah kat klia...
walaupun hanya seketika...sedetik....
naseb sempat jumpa...
walaupun penat..tapi berbaloi...
hati pun banyak riang dan suka :)
alhadulillah
walaupun sedih untuk berpisah seketika cuma
hanya tabahkan hati dan sabar..
sesungguhnya ku akui haty ini sungguh lemah
andai aku boleh balek raye aji n cuty midsem...betapa indahnya hidup ini
tapi..
ada halangan..sabar..
hanya mampu jadikan doa sebagai kiriman rindu yang serindu-rindunya
doa menjadi kiriman
titisan air mata hanya mampu ditangasi
potret gambar menjadi tatapan..
tak sabar menanty cuty semester...
rindu..
serius...rindu.... :(
to my litle sister....sabar ya...abang mu akan balek bulan januari...hahaha
sabar ya...

-nabellfadlykamarulzaman-

Saturday 28 September 2013

cinta

cinta tak semestinya perlu diluah
cinta tak semestinya diungkap dengan kata-kata
cinta tak semestinya 
k cukup..hahahaha
tetibe sal cinte...puihhh!!
geli geliman aku tulis..hahahaha
mohon bagy sepak n penampar..hahaha

okay cukup..kembali ke pangal jalan...
entry malam nie ada kaitan dengan pengenalan tadie..
hahahaha
oh tidak!!
aku update pasal cinta pulak malam nie..hahahaha
nampak kejiwangan di situ...hahahah

#dushdush,,keba 2 bijik

cinta?apa itu cinta?
aku akan jawab entah..
kalau bagi aku..
cinta itu cintalah
mencintai ALLAH itu wajib...
cintailah jugak ibubapa kita
cintai keluarga
cintai sahabat
tak semestinya cinta hanya merujuk seseorang yang akan bakal jadi teman dalam hidup..
yerrr!!!!hahahaha.....puihhhh

mencintai seseorang memang tak salah..
tapi...lagy bagus kalau kita hanya diamkan diri...pendam dalam haty...
sampaikan cinta kita pada ALLAH
biarkah ALLAH sahaja yang mendengarnya..
sesungguhnya dia yang maha mengetahui

manusia hanya merancang ALLAH yang tentukan...
bertahun-tahun bercinta pun tak guna gak kalau tidak disizinkan oleh ALLAH

cinta itu memang indah
anadai cinta dijalan yang betul
cnta tidak menyakitkan
manusia yg meyebabkan cinta itu menyakitkan..
kejar cinta ALLAH sebelum kejar cinta manusia
cintai ibubapa sebelum cintai orang lain..
cintai diri sendiri sebelum jatuh cinta kepada orang lain

-nabellfadlykamarulzaman-

Monday 23 September 2013

hakikat bahagia

bahagia itu dari dalam diri
kesannya zahir rupanya maknawi
terpendam bagai permata di dasar hati

bahagia itu ada pada hati
bertakhta di kerajaan diri
terbenam bagai mutiara di lautan nurani

bahagia itu ada di jiwa 
mahkota di singgahsana rasa
bahagia itu adalah suatu ketenangan

bila susah tiada gelisah
bila miskin syukur pada tuhan
bila sakit tiada resah di jiwa
bukankah tuhan telah berfirman
ketahuilah dengan mengingati Allah
jiwa kan menjadi tenang

kebahagiaan itu suatu kesyukuran
bila kaya jadi insan pemurah
bila berkuasa amanah
bila berjaya tidak alpa
bila sihat tidak lupakan tuhan

hakikatnya bahagia itu
adalah ketenangan
bila hati mengingati tuhan

semua insan kan mengerti
maksud terseni Ilahi
itulah zikir yang hakiki

#LIRIK LAGU:HAKIKAT BAHAGIA(UNIC)

Friday 20 September 2013

wake up!wake up!


alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah
assalamualaikum!
lama dah tak update blog.nak dekat 3bulan..
uhuks uhuks!berdebu dah blog aku nie..hahahaha
hilang dah gaya penulisan aku yang romantik dan sweet...errr??? (mohon kene lempang)

alhamdulillah
sedar tak sedar..
aku dah berada di semster 3...
tak caya?? (tolonglah caye..ini bukan mainan..ini adalaha realiti..hahahaha :p )
syukur alhamdulillah..asih diberikan kekuatan untuk menempuh semua ini sebagai seorang pelajar universiti.
pelajar UPSI keh..not pelajar UPSR.. (TAKE NOTE PLEASE!!)

semster 3 semestinye semester yang baru bagyku..
hahaha
ayat cam SKEMA je..geli aku bace

setiap kali masok semester baru..
azam baru tidak boleh dipisahkan..yerr...!!(selalunye jadi ANGIN je..)
okay enough...stop merepek...stop!tolonglah..

YA ALLAH...maafkan hambamu ini.
hambamu ini telah teleka dan terlalai 
sesungguhnya aku ini hanyalah hambamu yang hina dan tidaklah sempurna
kadangkala....hidup sebagai seorang pelajar U boleh melalaikan kita
lalai dari tujuan asal..
lalai dengan cinta dunia
lalai dengan keseronokan dunia
hanyut dalam cinta yg penuh dusta
sesungguhnya cintamulah yang kekal abadi

ya ALLAH ..perit dan sakit rasnya apa yang telah aku lakukan selama ini ya ALLAH
jauhkanlah aku dari kelalaian dan kealpaan sehingga aku terlupa untuk menyebut namamu ya RABBI

in shaa ALLAH
tegorlah aku wahai sahabat andai aku terlalai dan alpa... :(




Monday 8 July 2013

ahlan wasahlan ya ramadhan

alhamdulillah...alhamdulillah
bersyukur padaMU YA ALLAH
aku bersyukur keatas semua kurniaanMU
sesungguhnya engkau maha besar

tak lamma lagy ramadhan kunjung tiba
sehari je lagy
aku menantikan ramadhan yang hilang selama setahun ini
ku arapkan agar ramadhan kali nie aku tidak mensia-siakan
mendektkan kepadaMU
meraih cintaMU
sujud padaMU
mencari redhaMU
in shaa ALLAH

manusia boleh bertaubat
ALLAH maha pengampun
maha mengasihi
rebutlah peluang ini di bulan ramadhan ini yang penuh barakah

Monday 1 July 2013

menanti dengan penuh sabar

sabar itu separuh daripada iman
sabar itu sebahagian daripada iman
sabar itu kunci pada hati

menanty ramadhan dengan sabar
bulan islam yang dinanty
penghulu segala bulan
bulan yang penoh barakah
bulan yang mulia
inshaALLAH..

ku berharap ramdhan kali ini lebih bermakna buatku
aku tak nak mensia-siakan ramadhan kali ini seperti dulu
aku nak penuh teraweh
nak penuh solat
nak penuh sedekah
nak dapat pahala sebanyak mungkin
dan..
nak mendapat kerehdaanNYA 

inshaALLAH
semoga ramdhan kali ini
aku lebih dekat padaNYA
untuk meraih cinta ILAHI yang kekal abadi 


Sunday 23 June 2013

saling ingat-mengingati

alhamdulillah..alhamdulillah
syukur ke hadratMu Ilahi
aku bersyukur ke atas segala kurniaanMu ya ALLAH

hidup tak selalunya indah
kadangkala kita diatas..kadangkala kita di bawah
itulah lumrah untuk manusia
takde siapa pun yang sempurna

hidup di dunia hanyalah sementara
hanya menjadi hamba ALLAH untuk mencari keredhaanNYA
lama atau singkat hidup kita hanya ALLAH yang tahu
DIA yang merancang segala-galanya
setiap yang datang pasti akan ada yang pergi
setiap yang telh pergi
akan membawa hikmah
mengingatkan kita agar sentiasa bersiap sedia dengan amal
nyawa boleh bile2 diambil
ingat akan mati
agar tidak leka dan hanyut dalam fatarmogana dan mainan dunia

semua manusia pernah melakukan khilaf
termasuk diri ini yang kerdil di mata ALLAH
sungguh kerdil dan sangat kerdil
banyak dosa dan khilaf telah dilakukan
ALLAH mahu pengampun
maha pemaaf
berusaha lah ke arrah yang lebih baik dan menuju ke arah kebaikan
sesungguhnya.
perubahan atau penghijrahan ke arah kebaikan akan melalui jalan yang berliku-liku
yakin pada diri
yakin pada ALLAH
lupakan segala kisah lama
tutup buku lama..buka buku baru
jadikan buku buru lebih bermakna dan mengejar cintaNYA
cinta ALLAH
cinta selamnya dan kekal abadi untuk mencari keredhaanNYA
dan menuju ke syurga firdausi

andai diri ini terleka
terlalai
tersasar..
TEGURILAH AKU
jangan biarkan aku terus hanyut
sesungguhnya...
seorang sahabat adalah mengingati dan bersama-sama menuju ke jalan ALLAH

Friday 14 June 2013

14 jun 2013

alhamdulillah..alhamdulillah
syukur ke hadratMu ilahi
syukur ku hanya padaMu
alhamdulillah

14.06.2013
maka...
tamatlah pengajianku untuk semester 2 di UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
dah setahun aku di UPSI
alhamdulillah
cepat masa berlalu
walaupun semester 2 membawa 1001 satu kenangan manis dan pahit
itu adalah normal
KLMJ katakan
kenangan lama mengusik jiwa
semua ini akan berlalu
yang berlalu ini akan menjadi sejarah
sejarah akan mematangkan kita
kenangan yang dihadapi akan menjadi mimpi yang indah
ada 6 semester lagi..
andai panjang umur dan murah rezeki..
aku nak tamatkan pengajianku dengan jayanya
nak banggakan ibubapa
nak banggakan keluarga
nak membuktikan pada diri yang diri ini mampu untuk berjaya
man jadda wajada!!
nak berjaya dengan sahabat-sahabat
dapat keputusan cemerlang sama-sama
dapat kerja sama-sama
dan kawen sama-sama... ehh? *motiff??
berjaya di dunia dan akhirat
in shaa ALLAH

sepanjang bergelar pelajar.
hanya berkat doa ibubapa mampu menjadi penguatku
sesungguhnya...doa merekalah yang paling mustajab dan diberkati
nak cari redha ALLAH..dapatkan redha IBUBAPA
in shaa ALLAH
akan ku berusha untuk menjadi anak yang soleh
bergerak selangkah demi selangkah
walaupun diri ini banyak kekurangan
namun itu bukan menjadi ukuran untuk mengalah dan bukannya alasan untuk mengalah

carilah ilmu sepuas-puasnya
nak cari ilmu..
pelbagai dugaan akan dihadapi
dugaan itulah yang akan memberikan kejayaan kepada kita
chaiyok2!!gambate!!
in shaa ALLAH

Wednesday 12 June 2013

alhamdulillah..THANKS ALLAH

Alhamdulillah..alhamdulillah
syukur ke hadrat ilahi...
YA ALLAH..
sesungguhnya aku hanya mampu merancang
yang ditentukan semuanya adalah hanyaMU

alhamdulillah
penat lelah rasa berbaloi
segala perancangan dirancang dapat dijalankan dengan lancarnya
semua ini berlaku atas kehendakMu
tanpaMu..usaha kami akan sia-sia

syukran jazilan ya akhi ya ukhti
tanpa bantuan sahabat sekaliannya
tiadalah makna majlis yang diadakan
tanpa sahabat..majlis ini tidak akan bejaya

dengan rasa rendah diri..
diri ini ingin memohon kemaafan atas segala-galanya
andai diri ini membuat salah dan silap
membuat sahabat terkcik hati
sahabat terasa
diri ini tertinggi suara dekat sahabat
sesungguhnya diri ini juga hanyalah insan biasa
hamba ALLAH yang boleh melakukan kesilapan

andai kesilapan ini berbekas di hati sahabat
semoga sahabat mampu memaafkan diri ini
sesungguhnya
bekas luka di hati sukar untuk dihilangkan
hanya kalimah MAAF mampu diri ini ungkapkan
mmafkan diri ini ya sahabat

semoga persahabatan ini akan berkekalan selama-lamanya
sahabat dunia akhirat
until jannah
in shaa ALLAH

sesungguhny
we are family
salah silap silalah tegor
jangan biarkan kesilapan berterusan dilakukan

ikhlas
~nabel~
untuk
~sahabat-sahabat sekalian~

Tuesday 11 June 2013

luahan hati

hidup tak selalunya indah
hidup bagaikan roda
ku sangkakan panas sampaikan ke petang
rupanya hujan di tengah hari

dugaan...cabaran..
hanya itu mampu dikatakan..
ALLAH takkan turunkan dugaan andai hambnya tidak mampun menghdapi
ALLAH menurunkan dugaan kepada hambanya agar kita semakain rapat padaNya

air yang tenang jangan disangka tiada buaya
begitu jugak dengan hubungan sesama kita manusia di muka bumi ini
rambut sama hitam
namun hati laia-lain

sesetengah individu suka memendam masalah
tanak siapa yang tahu
bila dah teluah...ALHAMDULILLAH
lega...ringan sikit beban
namun..
hati ini memang terkilan sedikit
andai aku berbuat salah
tegorlah aku
nasihatilah aku
bukannyer dengan membenci
mendinginkan diri
menjauhkan diri
ye!
aku memang seorang hamba ALLAH yang hina
boleh melakukan kesilapan dan kekhilafan
kita semua tidak sempurna
takde yang sempurna melainkan ALLAH

kita sesama manusia di muka bumi ini harusah saling ingat-mengingati
bukannya sewenang-wenangnya menjauhkan diri
bukannya hanya terus memandang serong terhadap individu tersebut
kita bukannya malaikat
so..
ingat2 la
hidup di dunia hanya sementara
tepok dada tanya iman
#assalamualaikum

Sunday 9 June 2013

dont forget ALLAH

you down and out
you just cant come
you wanna shout
you lost all hope
on your kness,begging please
your turn and pray to find your way

hey..you make doa ALLAH`s there
whoever you are,because he cares
then you forget to say thank you ALLAH
you forget to say INSYAALLAH
you forget to say SUBHANALLAH
raise your hands
ALHAMDULILLAH

let`s flashback,lets back drive
towards a time like yours and mine
the story of the three
who`ll long to be
to who be free of their misery

to the one floor he opens the door
gave him empty of his bounty

then you forget to say thank you ALLAH
you forget to say INSYALLAH
your forget to say SUBHANALLAH
raise your hands ALHAMDULILLAH

cant you see His promise to you
cant you see His promise is true
hold on the rope of ALLAH
dont lose hope in ALLAH
if you remember ALLAH is prosperity
he`ll not forsakes you in adversity
be mindful of ALLAH
he`ll guide you to all that His good

then you forget,to say thank you ALLAH
you forget to say INSYAALLAH
you forget to say SUBHANALLAH
raise your hands ALHAMDULILLAH

get down and out
you just cant go
you wanna shout
you lost all hope
on your kness
begging please
you turn and pray
to find your way

Saturday 8 June 2013

99 kali rindu

rindu itu anugerah
kurniaan Ilahi
cinta dan rindu itu bermula dai ADAM dan HAWA
dikisahkan YUSUF dan ZULAIKHA
diabadikan oleh SHAH JEHAN dan MUMTAZ SHAH
diperikan pula ROMEO n JULIET
diceritakan RAMA dan SITA
dilakonkan oleh LAILA dan MAJNUN
dan kini
KITA pula meneruskannya

sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta dengan rindu sejati
ibarat tasbih dan benang epengikatnya
terajud menjadi untaian
yang akan disentuh satu demi satu oleh insan mulia
yang bibirnya basah akn cinta ALLAH

sebelum jatuh cinta
jatuhkan cinta ku kepadamu ALLAH
sebelum ku merindui manusia...
labuhkan rinduku kepada RASULULLAH 
sebelum saya sayang akan seseorang
sayangkan aku pada agamaku

bukan semua yang kita sayang akan kita miliki
malahan..kita akan kehilangan apa yang kita sayang

YA ALLAH
terimalah aku jadi hambaMu
terimalah aku sebagai perinduMu
di setiap 99 namamu

(copy n paste)
#movie99 KALI RINDU

Tuesday 4 June 2013

sahabat selamanya

kawan?teman?sahabat?
semuanya anugerah daripada ALLAH
merekalah tempat mengadu..merekalah tempat meluah perasaan
merekalah tempat kita bergaduh
berperang mulut
dan macam-macam lagy...

hidup bagaikan roda...
begitu jugak hubungan kita dengan sahabat..
kadangkala...bergadoh...perselisihan faham...
semua itu normal..
ALLAH nak uji hubungan sahabat kita..
jangan mudah melatah
sabarkan hati...cekalkan hati..tabahkan hati
semua yang berlaku pasti ada sebabnya
ALLAH nak mematangkan kita lagi
ALLAH nak kita ingat akanNYA
agar tidak terus lalai dan hanyut

walaupun sesiapa pun anda
semua adalah kawan..teman
shabat selamnya
menuju ke kejayaan dunia dan akhirat bersama!
andai diriku tiada...
jangan lupe doakan akakn diriku..
ampuni segala kekhilafan dn kesilapan ku
kerana
SEMUA INI AKAN BERLALU.. ^_^
hargai sahabat anda sementara ada di depan mata..
jangan kerana setelah ALLAH mengambi nyawanya..barulah kita merasa kehilangannya..

Sunday 2 June 2013

cinta

manusia tak lari dari perasaan cinta
cinta itu fitrah..
cinta kepada ALLAH..
cinta kepada IBUBAPA
cinta kepada SAHABAT
cinta kepada semua ciptaan ALLAH.

tipu kalau dikatakan manusia takde perasaan cinta itu..
cinta itu memang fitrah
untuk mencintai seseorang..merupakan perasaan yang unik dan semestinya membahayakan kita
persaan cinta itu boleh menjadi SAYANG dan boleh bertukar menjadi BENCI

untuk menyukai seseorang tak salah...tatkala diri ini maseh digelar seorang pelajar...
sesungguhnya..itulah dugan yang harus ditempuhi di alam unversiti
di saat ini.hati kita diuji dan diuji serta diuji lgi

cinta itu memang tak salah...
cinta sesama manusia tak salah
tapi...
jangan sampai terleka dan terlalai melakukan maksiat...
yang penting..
cintai ALLAH dari menyintai cinta tersebut
sesungguhya..cinta itu belum halal buat kita
sweetkan kalau halal!!sape tanak??semua nak.....^_^

yang penting...perasaan cinta itu lahirnya dari ALLAH..
pupuklah iya melalui doa..
damaikan haty dengan doa..
sesungguhnya rahsia ALLAH yang besar adalah JODOH da AJAL kita... ^_^
in shaa ALLAH

hanya padaMu ku berserah..
denganMu aku meminta
denganMu aku berdoa
damaikan hatiku dengan cintamu.. 

Saturday 1 June 2013

exam around de corner


YA ALLAH....
dengan rasa rendah diri hambamu nie YA ALLAH..
permudahkan urusan ku dalam menghadapi final exam nanty YA ALLAH....
permudahkanlah juga sahabat-sahabatku...
ko berikanlah kami kejayaan bersama-sama di dunia dan di akhirat...
sesungguhnya hanya padaMu kami berserah segalanya...

exam nak dekat!!dah nak dekat....dekat!!!
dengan kesempatan hampirnya final exam..
aku dengan rase rendah diri..aku nak minta maaf kat semua kawan..teman..sahabat...
andai aku ada melakukan kesalahan dan kesilapan..
sesungguhnya...
aku hanya manusia biase dan insan biasa dan hanya hamba ALLAH yang bisa boleh melkukan kekhilfan...
aku sedar..aku bukan manusia sempurna untuk memenuhi kehendak semua..
wahai sahabatku..halalkan segala makan minum dan ilmu yang telah diberikan kepadaku...
hanya ucapan terima kasih mampu aku bagi tok korang semua...:)
in shaa ALLAH..semoga kita berjaya di dunia dan akhirat bersama-sama..
aminn....
MAN JADDA WAJADA



Tuesday 28 May 2013

sabar

alhamdulillah...syukur ke hadrat ilahi...masih dipanjangkan umur...
setelah sekian lama..berkurun lama...berdekad lama..akhirnya...
akhirnya..
akhirnya aku update gak blog aku..agak lama jugak aku tak mengupdate
semestinya semester 2 aku di upsi penuh dengan dugaan dan kontrovesi..

semua itu tidak melemahkan aku...tidak meruntuhkan jiwaku untuk belajar
namun..semua itu memberi aku lebih semangat untuk belajar dan memahami erti seuah kehidupan bersama insan bernama kawan,sahabat,dan teman.

setiap perkara yang berlaku sememangnya membawa hikmah yang tersendiri
kita sebagai manusia jangan pulak mudh melatah dan mengeluh


walau apapun yang terjadi..semua ini adalah rencana ALLAH
ALLAH tahu apa yang terbaik buat kita
ALLAH akan takkan uji kita kalau ALLAH tahu kita mampu hadapi dugaannya

hiudp ini semakin hari semakin banyak pula dugaan.
dugaan semalam belum lagi tamat,datang pula dugaan dan cubaan pada hari ini.

namun,sebenarnya tanpa kita sedari dugaan tersebut telah mengajar kita.mengajar kita erti menerima.

Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu melainkan dia berusaha untuk mengubahnya sendiri.
YA..USAHA!!
Doa merupakan senjata orang mukmin
berdoalah dan jangan sombong!jangan sombong!
Allah tidak menyukai hamba-Nya yag sombong 

USAHA+DOA...kita perlu campurkan pula dengan ramuan TAWAKAL.
tawakal bererti berserah kepada ALlah
bahan terakhir adalah REDHA.
Bersangka baiklah pada Allah kerana die lebih mengenali diri kit berbanding kita mengenali diri kita sendiri.
Dia maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya.
apabla kita redha..in shaa ALLAH Allah akan permudahkan urusan kita.

Tuesday 30 April 2013

ALLAH sayang kita

Allah sayangkan hambaNYA,
Allah kasihkan khalifahNYA,
Allah cinta MakhlukNYA  
Allah sayangkan kita.
Sebab itu kita diberi ujian,
Kerana itu kita diberikan dugaan..
Oleh sebab itu juga kita dibebani masalah.
Tapi, pernahkah kita terfikir?
Kasih SayangNYA?
Tentang NikmatNYA?
Hakikat RahmatNYA?
RezekiNYA?
 
Tidak terkira banyaknya..
DIA beri kita UJIAN,
Kita menangis..
DIA beri kita DUGAAN,
Kita mengeluh..
DIA beri kita MASALAH,
Kita marah..

Pernahkah kita merungut bila lelah?
Pernahkah kita merengek tika sakit?
Pernahkah kita marah tika masalah menimpa?
Tapi kan...
Pernahkah kita syukur bila ALLAH beri kecukupan?
Pernahkah kita sujud dengan sepenuh hati untuk solat?
Qiammulail pasti jauh sekali..
Pernahkah kita lakukan rukun Islam sepenuhnya dengan bersungguh?
Sudahkah kita penuhi rukun Iman untuk menjadi hambaNYA yang soleh?
Cukupkah kita hanya bernama Muslim? 
Jika tidak menyempurnakan kedua-dua rukun itu?
Sempurnakah kita andai ciri-ciri sebenar Muslim itu tidak ada dalam diri?
Adakah kita nilai semula betapa banyak nikmatNYA yang telah kita kecapi,
Tanpa "SYUKUR?"... 
Namun..
Kita tetap "TAMAK" untuk mendapatkan yang lain dan
Dakwa ALLAH Tidak Sayangkan kita
dan Tidak beri apa yang diminta..
Apakah kita terfikir?...
Ya ALLAH,
Ampuni kami...
Atas khilaf kami...
Sedang kami insan yang lemah..
Kini.. kami sedar,
"ALLAH SAYANGKAN KITA"..
Mulai saat ini, jadilah muslim yang baik!.. InsyaAllah..

Wednesday 24 April 2013

padamu aku berserah


"Cukup Allah bagiku,  tempat diluahkan segala rasa cinta...Dialah sebaik-baik tempat diserahkan segala urusan hidupku..sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah...Kau jauh namun selalu dekat dengan hambaMu...Kau tidak dapat dilihat oleh hambaMu..namun Kau Maha Melihat setiap gerak geri hambaMU...ubun-ubunKu dalam genggamanMu..Engkaulah sebaik-baik tempat untukKu kembali..."
Ya Allah,
Jadikanlah aku seorang yang selalu mengingati-Mu, banyak mensyukuri nikmat-Mu, 
berbakti kepada pemerintah-pemerintahMu, tunduk dan taat kepada-Mu, takut dan dan banyak bertaubat kepadaMu,
Ya Tuhanku, terimalah taubatku, sucikanlah dosa-dosaku, kabulkan doa-doaku, tetapkanlah pendirianku. Tunjukkanlah hatiku ke arah kebenaran dan lisanku ke arah kebaikan dan cabutlah kedengkian dari dadaku."
Ya Allah,
Kurniakanlah aku cinta orang yang mencintaiMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu......
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along

And there's a couple words I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Through days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're together to Jannah
Finally now I've found myself I feel so strong
Everything changed when you came along

And there's a couple word I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Through days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart now that you're here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I'm singing loud that I'll love you eternally
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart

Friday 12 April 2013

nabi SULAIMAN dan BALQIS


Nabi Sulaiman (a.s.) adalah salah seorang hamba Allah SWT yang terpilih di antara hamba-hamba Nya yang lain. Baginda beri kelebihan hikmah dan ilmu dengan dikurniakan mukjizat yang besar dari Allah SWT.
Antara mukjizat yang tersebut ialah boleh memahami dan berinteraksi dengan jin dan haiwan. Allah SWT juga telah menundukkan angin kencang untuk membawa Nabi Sulaiman (a.s.) ke sesuatu tempat yang diberkati Nya, menundukkan segolongan syaitan dan segolongan jin supaya berkhidmat kepada Nabi Sulaiman (a.s.). Semuanya berlaku dengan kekuasaan dan keizinan dari Allah SWT.
Pada suatu masa dahulu, Nabi Sulaiman (a.s.) dengan kekuasaan Tuhan telah menghimpunkan bala tenteranya yang terdiri dari golongan jin, manusia dan burung-burung. Maka berhimpun lah mereka mengikut tertib dalam barisan masing-masing.
Ketika memeriksa barisan tenteranya dari kalangan burung-burung, baginda menyedari bahawa Burung Hud-hud tidak hadir dalam perbarisan. Baginda berkata bahawa Hud-hud akan dikenakan hukuman atau disembelih sekiranya ketidakhadirannya tanpa alasan yang jelas.

Tidak lama kemudian Hud-hud pun datang dengan membawa suatu berita penting dari negeri Saba yang didakwa Hud-hud, baginda sendiri pun belum mendengarnya. Hud-hud pun bercerita lah mengenai Puteri Balqis, pemerintah negeri Saba yang dianugerahi segala apa yang dihajati serta mempunyai singahsana yang besar.
Hud-hud juga melaporkan bahawa puteri tersebut dan rakyat di bawah naungannya menyekutukan Allah SWT lalu menyembah matahari kerana mereka telah disesatkan oleh syaitan.
Baginda seraya bertitah kepada Hud-hud, “Akan kami lihat, apa kamu benar, ataukah kamu termasuk orang-orang yang berdusta. Pergilah dengan membawa suratku ini, lalu jatuhkanlah kepada mereka, kemudian berpalinglah dari mereka, lalu perhatikanlah apa yang mereka bicarakan.”
Maka Hud-hud pun melakukan sebagaimana yang dititahkan oleh Nabi Sulaiman (a.s.) dengan membawa sepucuk surat lalu dijatuhkan kepada Puteri Balqis. Kemudiannya Hud-hud berpaling dan mencuri dengar perbualan puteri dengan para pembesarnya.
Lalu Puteri Balqis berkata, “Hai pembesar-pembesar, sesungguhnya telah dijatuhkan kepadaku sebuah surat yang mulia. Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya: ‘Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang berserah diri ‘.”
Puteri Balqis kemudiannya meminta nasihat dari para pembesar negeri dalam membuat keputusan bagi menentukan tindakan yang sepatutnya diambil. Namun para pembesarnya menyerahkan pertimbangan tersebut di tangan puteri sendiri dengan berkata, “Kita adalah orang-orang yang memiliki kekuatan dan memiliki keberanian yang sangat (dalam peperangan), dan keputusan berada di tanganmu; maka pertimbangkanlah apa yang akan kamu perintahkan”.
Puteri seraya berkata kepada para pembesar, “Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri, nescaya mereka membinasakannya, dan menjadikan penduduknya yang mulia jadi hina; dan demikian pulalah yang akan mereka perbuat dan sesungguhnya aku akan mengirim utusan kepada mereka dengan (membawa) hadiah, dan (aku akan) menunggu apa yang akan dibawa kembali oleh utusan-utusan itu.”
Hud-hud pun pulang melaporkan kepada Nabi Sulaiman (a.s.) tentang apa yang telah didengarinya. Utusan dari Puteri Balqis pun tiba kepada Nabi Sulaiman (a.s.). Baginda kemudiannya membalas utusan dengan mesej berbunyi: “Apakah kamu menolong aku dengan harta? Maka apa yang diberikan Allah kepadaku lebih baik daripada apa yang diberikan Nya kepadamu; tetapi kamu merasa bangga dengan hadiahmu. Kembalilah kepada mereka sungguh kami akan mendatangi mereka dengan bala tentara yang mereka tidak kuasa melawannya, dan pasti kami akan mengusir mereka dari negeri itu (Saba) dengan terhina dan mereka menjadi (tawanan-tawanan) yang hina dina”.
Setelah utusan tersebut berangkat ke negeri Saba, Nabi Sulaiman (a.s.) berbincang dengan para pembesar baginda mengenai niatnya untuk membuatkan kerajaan negeri Saba menyerah diri dan seterusnya menerima Islam. Baginda telah mempunyai rancangan yang bijaksana bagaimana hendak membuatkan Puteri Balqis mengaku kalah dengan bukti kebesaran Allah SWT.
“Hai pembesar-pembesar, siapakah di antara kamu sekalian yang sanggup membawa singgahsananya kepadaku sebelum mereka datang kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri?”, tanya baginda.
Pertanyaan tersebut telah disahut oleh sejenis jin yang cerdik bernama Ifrit yang menjawab, “Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgasana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai”.
Jin Ifrit menganggap dirinya benar-benar kuat untuk membawa singgahsana Puteri Balqis dalam kadar yang pantas iaitu sebelum pun nabi Sulaiman (a.s.) berdiri dari keadaan duduknya.
Tiba-tiba seorang hamba Allah dari kalangan manusia yang dikurnia ilmu Allah SWT dari al-Kitab pula menyahut, “Aku akan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum matamu berkedip”. Sebelum sempat mata Nabi Sulaiman (a.s.) berkedip, maka tersergamlah singgahsana Puteri Balqis di hadapan baginda.
Seraya baginda berkata: “Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencuba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barang siapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri dan barang siapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia”.
Ratu Balqis adalah seorang wanita yang sangat cantik dan mempunyai akal yang cerdas, oleh sebab itulah golongan jin merasa iri hati dengannya. Mereka mengatakan bahawa Ratu Balqis itu mempunyai dua aib, pertama tubuhnya pendek dan kedua betisnya seperti betis unta.
Nabi Sulaiman sangat cerdik. Baginda menggunakan cara lain untuk memperlihatkan kekuasaan Allah kepada Ratu Balqis. Maka Nabi Sulaiman memerintahkan supaya para Jin mengubah sedikit singgahsana Ratu Balqis, lalu beliau menyuruh pula membangun sebuah mahligai yang dibuat dari kaca. Bahagian bawah mahligai tersebut dan kelilingnya mengalir sungai-sungai dengan berisikan ikan-ikan, di atas air itu dibuat sebuah jambatan daripada kaca.
Ketika Ratu Balqis dan rombongan tiba, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: “Apakah ini singgahsanamu?
Ratu Balqis menjawab: Mungkin!
Dia tidak mengatakan ya, kerana dilihatnya ada sedikit perubahan. Tetapi tidak mengatakan bukan, disebabkan ada sebahagian yang serupa dengan singgah-sananya. Dari jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi Sulaiman as bahawa ia adalah seorang wanita yang berakal sempurna serta bijaksana.
Kemudian Nabi Sulaiman as menyuruh tamunya itu masuk ke dalam istana. Ketika Ratu Balqis melihat ke dalam istana, ia melihat seakan-akan ada aliran air, sehingga ia mengangkat kainnya, sehingga betisnya tersingkap. Nabi Sulaiman as melihat betisnya itu, maka tidak ada satu aibpun seperti yang disampaikan oleh golongan jin.
Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis: “Ini adalah sebuah mahligai yang licin, ia dibentuk daripada kaca.”
ketika Ratu Balqis menyaksikan betapa hebatnya Nabi Sulaiman, ia berkata dalam hatinya: “Walaupun kerajaanku luas, singgahsanaku indah dan megah, bala tenteraku ramai, namun jika dibandingkan dengan semua yang aku saksikan ini, seakan-akan milikku tidak bererti.

Kemudian ia berkata seperti yang diungkapkan di dalam Quran, firman Allah SWT surah An Naml ayat 44 bermaksud: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam.” Setelah itu Ratu Balqis pun berkahwin dengan Nabi Sulaiman as. Peristiwa pernikahan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis ini terjadi pada hari Jumaat.
Begitu besarnya kerajaan Nabi Sulaiman as. yang mana angin sebagai kenderaannya, manusia dan jin sebagai tenteranya, burung sebagai pembantu dan teman-teman bercakapnya, binatang-binatang buas sebagai buruhnya dan para malaikat sebagai utusannya.
Nabi Sulaiman as mempunyai satu padang, sebahagian tanahnya terbuat daripada emas dan sebahagian lagi daripada perak. Jika tenteranya berbaris di padang itu, maka panjang barisan itu tidak kurang dari seratus parsakh. Sedangkan luas tempat tinggalnya adalah sebulan perjalanan.
Kemudian golongan jin membuat untuknya sebuah permaidani daripada emas dan perak. Pada permaidani tersebut terdapat dua belas ribu mihrab, pada setiap mihrab terdapat kursi daripada emas dan perak, kemudian duduk di atas tiap-tiap kursi tersebut seorang yang alim dari ulamak Bani Israil.
Pada setiap hari dimasak kira-kira seribu unta, empat ribu lembu dan empat puluh ribu kambing. Nabi Sulaiman juga mempunyai piring-piring yang besar bagaikan kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.
Firman Allah SWT:
Para jin membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendaknya dari bangunan yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang besarnya seperti kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.” (Saba’: 13)
Begitu besarnya nikmat dan kelebihan Nabi Sulaiman as. Namun begitu kelebihan dan kenikmatan umat Nabi Muhammad SAW yang beriman, di dalam Syurga nanti disediakan tempat-tempat tinggal dan darjat, kebun-kebun, sungai-sungai dan buah-buahan. Di dalamnya diperolehi segala sesuatu yang menyenangkan jiwa dan mata. Di dalamnya juga terdapat sesuatu yang tidak pernah terlintas oleh fikiran manusia.
Dikisahkan bahawa serendah-rendah darjat tempat umat Nabi Muhammad SAW di dalam Syurga itu ialah seratus kali luas kerajaan Sulaiman as. Malah lebih baik, kerana Syurga adalah tempat yang abadi. Di dalamnya tidak ada matahari, kesejukan, kesakitan, kesusahan serta lain-lain penderitaan. Di Syurga adalah tempat yang abadi, kesenangan tanpa batas, pemberian tanpa dihitung, penerimaan tanpa ditolak.
Ada Syurga yang dinamakan dengan Darussalam, di dalamnya mempunyai keselamatan tanpa adanya kebinasaan, kenikmatan tanpa malapetaka, kecintaan tanpa permusuhan, kemuliaan tanpa kehinaan serta bermacam-macam lagi kenikmatan yang sukar untuk diungkapkan.
Kemudian Syurga Jannatunna’im. Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka Syurga kenikmatan. Di dalamnya para hamba-hamba-Nya bertempat tinggal, para nabi menjadi sahabatnya, tinggal kekal  dalamnya dengan kurnia yang berlimpah ruah. Tidak ada kesusahan di dalamnya, terdapat bidadari cantik dan jelita, mahligainya tinggi dan tempat yang luas.
Syurga Firdaus, disediakan bagi orang-orang yang tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu, menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat, tidak membuat kemungkaran serta menjalankan segala yang diperintahkan Allah SWT. Allah SWT menjadikan penghuni Syurga ini sebagai kekasihNya.
Di dalam Syurga Firdaus terdapat empat sungai, iaitu sungai dari air tawar, sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai dari air arak yang lazat rasanya dan sungai air madu. Di dalamnya juga diperolehi berbagai macam buah-buahan. Ada lagi empat mata air iaitu: Salsabil, Zanjabil, Rohiiq dan Tasniim. Ada lagi dua mata air yang mengalir dan dua mata air yang memancar, iaitu Al-kaafuur dan Al-kautsar. Di dalamnya juga diperolehi segala sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati.
Firman Allah SWT:
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai, di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Berkuasa.”
(Al-Qamar: 54-55)
Dipetik Dari Buku: 2002 Misteri Siri 2 “Himpunan Kisah-kisah Jin Iblis & Syaitan
Pengarang: Muhammad Isa Selamat.